diri.
wahai diri. kenapa engkau berubah sebegini? dimana dirimu yang selalu sentiasa bergembira di saat sedih? di saat sepi? di saat sunyi? dimana dikau yang sering tertawa riang bersama orang orang yang engkau sayangi? dimana engkau yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu orang orang yang di dalam kesusahan? dimana engkau yang sentiasa berpegang kepada prinsip; "aku tak bolehla tengok orang sensorang, aku teman kau ye"? dimana engkau yang sentiasa berada di sisi orang orang yang kesepian dan kesunyian utk menghiasi hari mereka supaya tidak lagi kesepian? dimana engkau yang cuba untuk memahami manusia yang sukar difahami? dimanakah kamu insan yang sering di buruk sangkakan oleh manusia sekeliling hanya kerana engkau, dirimu? dimanakah dia yang tetap senyum walau sakit dengan kata kata dan tohmahan tohmahan manusia sekalian? dimana engkau yang tidak pernah memilih kawan dan sentiasa berbahagia berdampingan dengan ramai kawan? manalah kau, sang penghibur yang menghiburkan ha...